Saturday, August 28, 2010

KEMPEN???

Salam perpaduan,salam Ramadan dan selamat sejahtera...Negara kita memang kaya dengan pelbagai kempen daripada kempen besar-besaran sehinggalah kempen yang remeh-temeh.kementerian sentiasa sibuk melakukan kempen tersebut.Tidak salah kiranya kerajaan ingin terus meneruskan kempen sebegitu rupa semata-mata ingin melihat rakyatnya jadi baik. Daripada kempen-kempen yang besar seperti kempen mari membaca, kempen anti rokok, kempen anti dadah, kempen keselamatan jalan raya,kempen jagalah kebersihan Bandar kita sehinggalah kempen-kempen remeh seperti kempen kongsi kereta , kempen menggunakan beg kertas yang aktif sekarang, dan banyak lagi kempen. Tapi itu tidak bermakna kempen itu telah berjaya. Sudahkah masyarakat kita menjadi masyarakat membaca, terutama bahan ilmiah dan bukan-fiksyen? Adakah jalan raya kita selamat sehingga waktu perayaan kita bebas kemalangan? Sudahkah orang yang hisap rokok betul-betul insaf dengan iklan-iklan yang berharga jutaan ringgit? Adakah penagih dadah benar-benar insaf setelah keluar dari penjara? kenyataanya sudah tentu tidak,kempen-kempen tersebut terbukti gagal untuk mempengaruhi masyarakat .Apa yang ada hanyalah kerugian dan pembaziran jutaan ringgit semata-mata untuk menjayakan kempen yang pastinya hampa.Apatah lagi duit tersebut adalah duit rakyat.Daripada duit rakyat habis buat kempen lebih baik bantu penduduk miskin,Bantu anak-anak yatim,bantu orang kurang upaya,bantu warga emas! Betul tak? Tidak ada bukti yang benar-benar sahih yang dapat menunjukan kempen-kempen tersebut berjaya mempengaruhi dan bertakhta di hati sanubari rakyat.Kempen jangan buang sampah merata-rata? Tapi,kenapa Bandar-bandar kita masih kotor.Itu adalah bukti kempen tersebut gagal.Bila sebut pasal kempen mesti guna duit?kenapa tidak bolehkah buat kempen tanpa guna duit?jawapanya ia,memang boleh buat kempen tanpa guna duit dengan syarat tingkatkan kesedaran sivik,berdisiplin,bertanggungjawab dan bekerjasama.Pendek kata ,yang terbaik itu bermula dari dalam diri sendiri.Tak payah buang masa dan tak payah buang duit nak buat kempen kerana amalan yang baik itu bermula dari mana tempat kita berteduh.wassalam...

Tuesday, May 11, 2010

TEKNOLOGI INFORMASI DAN KOMUNIKASI

perkembangan Teknologi Informasi sangat mempengaruhi Teknologi Komunikasi. Teknologi Informasi dan Komunikasi seakan-akan tidak dapat dipisahkan, sehingga lahirlah istilah TIK(Teknologi Informasi dan Komunikasi) yang sangat popular sekarang ini. Perpaduan keduanya semakin berkembang cepat dengan adanya media Internet. Teknologi Internet telah merubah cara orang berkomunikasi.

Dengan hanya mempunyai satu alamat email, kita dapat mengikuti berbagai model komunikasi yang ada di Internet. Beberapa model komunikasi itu, diantaranya :
1. Forum
2. Milis/Group
3. Situs jejaring sosial
4. Blog
5. Situs sharing file
6. E-learning menggunakan teleconference